TERMA & SYARAT

PENGANJUR

Peraduan 'SUPER Dream Holiday' dianjurkan oleh SUPER Food Marketing Sdn. Bhd. (481236-P) ("SUPER"). Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada 1 Mac 2019 yang menetap di Malaysia dan mempunyai MyKad serta akaun bank yang sah di Malaysia.

Kumpulan yang tidak layak menyertai Peraduan ini: Kakitangan SUPER (termasuk syarikat bersekutu dan yang berkaitan) dan ahli keluarga, wakil dan kakitangan terdekat mereka, dan/atau ejen pengiklanan dan/atau penyedia perkhidmatan promosi SUPER (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka, dan/atau vendor percetakan SUPER yang dipilih.

TEMPOH PERADUAN

Peraduan ini akan bermula dari jam 0:00:00 pagi pada 1 Mac 2019 hingga 23:59:59 malam pada 31 Mei 2019 ("Tempoh Peraduan"). SUPER berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan, kelayakannya akan terbatal secara automatik. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

CARA PENYERTAAN
  1. Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta perlu membeli produk SUPER bernilai RM15 dan ke atas dalam satu resit kecuali ESSENSO™. Produk yang mengambil bahagian termasuk SUPER® Coffee, SUPER® Charcoal Roasted White Coffee, SUPER® Power, SUPER® Milk Tea, SUPER® Tea Infusions dan SUPER® NutreMill® Cereal.
  2. Setiap Peserta perlu menghantar butiran berikut menerusi saluran aplikasi Whatsapp ke +6016 293 5710:
    • Nama Penuh seperti K/P
    • Nombor K/P
    • Foto resit asal. Pemenang perlu mengemukakan resit asal sebagai bukti pembelian.
    • Jawapan kepada soalan ini: Super ialah Pengeluar Kopi Terbesar di Malaysia [YA/TIDAK]
HADIAH-HADIAH
  1. Terdapat seramai 476 pemenang (460 Pemenang Hadiah Harian, 15 Pemenang Hadiah Sagu Hati dan satu (1) Pemenang Hadiah Utama) dengan jumlah hadiah bernilai RM100,000 yang akan diberikan sepanjang Peraduan.
  2. Hanya 1 resit boleh digunakan untuk setiap penyertaan. Penyertaan yang menggunakan resit yang sama lebih daripada satu kali akan dibatalkan secara automatik.
  3. Hadiah dan hadiah wang tunai akan dibahagikan mengikut kategori berikut:
    • Kategori 1
      • Hadiah Harian x 460: Jumlah Hadiah harian bernilai RM50,600 akan diberikan sepanjang Peraduan berlangsung dengan lima (5) hadiah diberikan setiap hari. Hadiah harian akan diumumkan setiap minggu di laman web SUPER (www.happyhappens.com.my) dan laman Facebook (www.facebook.com/supermalaysia).
    • Kategori 2
      • Hadiah Utama x 1: Percutian impian bernilai RM18,000 dan wang tunai RM2,000
      • Hadiah Sagu Hati x 15: Percutian menarik bernilai RM1,800 dan wang tunai RM200
  4. Hadiah Harian akan diberikan dalam tempoh 3 bulan selepas pengumuman pemenang di laman web SUPER (www.happyhappens.com.my) dan laman Facebook (www.facebook.com/supermalaysia).
  5. Hadiah Utama dan Hadiah Sagu Hati akan diberikan pada majlis penyampaian hadiah yang dianjurkan oleh SUPER pada bulan Jun atau Julai.
  6. Hadiah tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai atau barangan lain. SUPER berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk memberikan hadiah alternatif yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu.
PEMENANG-PEMENANG
  1. Setiap penyertaan mesti memenuhi kriteria berikut untuk layak menang.
    • Jawapan yang betul kepada soalan Peraduan<
    • Butiran lengkap diberikan
    • Foto resit (pemenang mesti menunjukkan resit asal sebagai bukti pembelian)
  2. Pemilihan pemenang untuk Kategori 1: Hadiah Harian
    • Pemenang Hadiah Harian akan ditentukan berdasarkan bilangan penyertaan yang diterima dari jam 0:00:00 pagi hingga 23:59:59 petang pada setiap hari sepanjang tempoh peraduan dan dibahagikan dengan enam (6). Sebagai contoh, jika jumlah penyertaan yang diterima pada 1 Mac 2019 adalah 60, maka lima (5) pemenang setiap hari adalah penyertaan bernombor 10, 20, 30, 40 dan 50. Pemenang akan menerima hadiah mereka mengikut aturan Hadiah Harian seperti yang disenaraikan di laman web Peraduan (www.happyhappens.com.my)
  3. Pemilihan pemenang untuk Kategori 2: Hadiah Utama dan Hadiah Sagu Hati
    • Pemenang akan ditentukan berdasarkan dua (2) pusingan pertandingan. Pemenang yang disenarai pendek untuk pusingan pertama akan berdasarkan bilangan penyertaan yang diterima dari jam 0:00:00 pagi pada 1 Mac hingga 23:59:59 petang pada 31 Mei 2019 dan dibahagikan dengan 17. Sebagai contoh, jika jumlah keseluruhan penyertaan yang diterima selepas tamat tempoh peraduan ialah 17,000, 16 pemenang yang disenarai pendek adalah penyertaan bernombor 1000, 2000, 3000, 4000, 5000, 6000, 7000, 8000, 9000, 10,000, 11,000, 12,000, 13,000, 14,000, 15,000 dan 16,000. 16 pemenang yang disenarai pendek ini akan bersaing dalam pusingan finalis pada suatu tarikh kelak.
    • Pemenang untuk Hadiah Utama dan Hadiah Sagu Hati akan ditentukan dalam pusingan finalis yang ditetapkan oleh SUPER. Butirannya akan dimaklumkan kepada pemenang yang disenarai pendek kelak.
  4. Semua peserta akan berpeluang memenangi hadiah dari semua kategori. Peserta yang memenangi hadiah harian juga akan berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama atau Hadiah Sagu Hati. Walau bagaimanapun, peserta hanya boleh memenangi satu hadiah setiap hari, sehingga maksimum 4 hadiah harian sepanjang tempoh peraduan. Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang kemenangan.
  5. Nama-nama pemenang Hadiah Harian akan diumumkan di laman web SUPER (www.happyhappens.com.my) setiap minggu. Pemenang yang disenarai pendek untuk pusingan finalis akan disenaraikan di laman web SUPER dua (2) minggu selepas berakhirnya Tempoh Peraduan.
  6. Para pemenang akan menerima makluman kemenangan menerusi telefon. Para pemenang juga perlu mengesahkan butiran peribadi mereka dengan pihak pengurusan Peraduan. Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) kali percubaan, SUPER dan pihak pengurusan Peraduan berhak untuk menarik balik penyertaan tanpa sebarang notis.
  7. Pemenang akan dimaklumkan mengenai butiran pengambilan Hadiah Harian mereka daripada pihak pengurusan Peraduan.
  8. Hadiah-hadiah mesti diambil dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh pengumuman pemenang. Hadiah yang tidak diambil selepas tarikh yang ditetapkan akan dilupuskan secara automatik dan tiada surat-menyurat akan dilayan.
  9. Pihak pengurusan Peraduan akan meminta e-mel pemenang untuk menghantar borang bagi mengisi butiran mereka. Pihak pengurusan Peraduan juga mungkin perlu mengesahkan butiran pemenang termasuk:
    • Nama penuh Peserta (seperti dalam K/P)
    • Nombor K/P Peserta
    • Resit asal yang digunakan untuk penyertaan yang menang
  10. Pihak pengurusan Peraduan berhak untuk membatalkan penyertaan atau menarik balik hadiah jika Peserta atau pemenang gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
PERLINDUNGAN DATA
  1. Data Peribadi boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama Peserta, nombor Kad Pengenalan, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, jantina dan maklumat lain yang berkaitan yang diberikan oleh Peserta semasa atau selepas Peraduan.
  2. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju bahawa SUPER boleh mendedahkan Data Peribadi mereka dan foto untuk:
    • Penerbitan di mana-mana media massa atau bahan pemasaran untuk tujuan pengiklanan atau publisiti.
    • Apa-apa tujuan lain berkaitan Peraduan, yang dianggap oleh SUPER untuk menjadi kepentingan SUPER, dalam apa cara sekalipun yang dianggap perlu oleh SUPER tanpa notis selanjutnya kepada Peserta dan/atau pemenang.
    • Dengan menyertai, Peserta memberi kebenaran kepada SUPER, agensi-agensinya, pejabat perwakilan, syarikat gabungan, berkaitan atau yang berkaitan, dan ejen masing-masing, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia, untuk memproses semua Data Peribadi yang dikemukakan oleh Peserta untuk tujuan Peraduan.
  3. Peserta mempunyai hak-hak berikut berhubung dengan Data Peribadi mereka:
    • untuk membatalkan kebenaran mereka mengenai penggunaan data peribadi mereka;
    • untuk menghadkan pemprosesan data peribadi mereka;
    • untuk membuat permohonan data secara bertulis kepada SUPER untuk mendapatkan maklumat mengenai data peribadi mereka yang sedang diproses oleh atau bagi pihak SUPER;
    • untuk membetulkan mana-mana data peribadi mereka yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau yang bukan terkini;
    • untuk meminta data peribadi mereka dikeluarkan daripada pangkalan data SUPER
    • Jika Peserta mempunyai sebarang permintaan atau pertanyaan mengenai hak-hak di atas, Peserta boleh menghubungi pihak pengurusan Peraduan di superdreamholidaycontest@gmail.com
  4. SUPER bersetuju untuk mengambil langkah dan pendekatan yang munasabah untuk menjamin keselamatan Data Peribadi yang dikumpul daripada Peserta dan memastikan perkara yang sama ada untuk sebarang Data Peribadi yang mungkin dipindahkan kepada pihak ketiga untuk tujuan berkaitan Peraduan. Walau bagaimanapun, SUPER boleh mendedahkan Data Peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang.
  5. SUPER bersetuju bahawa Data Peribadi yang dikumpul dari Peserta tidak akan disimpan lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Terma & Syarat ini.
  6. Semua Data Peribadi yang dipegang oleh SUPER akan diberikan perlindungan tahap yang munasabah terhadap apa-apa kerugian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan, pengubahan atau penghapusan tanpa kebenaran atau tidak sengaja.
LAIN-LAIN TERMA & SYARAT
  1. Keputusan SUPER dan pasukan pengurusan Peraduan adalah muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
  2. SUPER berhak untuk meminda Terma & Syarat yang terkandung di sini, secara keseluruhan atau sebahagiannya pada bila-bila masa dan untuk menamatkan Peraduan lebih awal atau melanjutkannya lagi mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu.
  3. SUPER tidak akan bertanggungjawab ke atas hadiah yang hilang, rosak atau dicuri semasa atau selepas pengambilan dan/atau penghantaran.
  4. Semua pengeposan, pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau apa-apa kos lain dan/atau perbelanjaan berkaitan yang ditanggung untuk menyertai pertandingan ini serta untuk pengambilan hadiah adalah tanggungjawab Peserta dan pemenang.
  5. Semua Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya daripada sebarang liabiliti, kecelakaan, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Peraduan ini atau penggunaan/tuntutan atau Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan SUPER dan memegang SUPER bebas dan tidak dipertanggungjawabkan terhadap sebarang liabiliti.
  6. SUPER menafikan sebarang tanggungjawab untuk apa jua kesilapan, peninggalan, gangguan, penghapusan, kecacatan, kelewatan, kegagalan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan garis komunikasi, kecurian atau pemusnahan, akses tanpa kebenaran kepada, atau perubahan, komunikasi pengguna atau anggota, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal mana-mana rangkaian telefon atau talian, laman web, sistem komputer dalam talian, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, sistem, peralatan, kegagalan perisian atau e-mel atau penerimaan penyertaan disebabkan masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan/atau perkhidmatan telekomunikasi.
  7. Sekiranya timbul pertikaian mengenai Terma dan Syarat ini dalam apa-apa promosi, bahan komunikasi, publisiti atau apa-apa bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini, maka Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini akan diguna pakai.